Seorang muslimah yang mempunyai kelulusan Phd yang berhijab telah ditanya oleh para wartawan yang merasa hairan dengan pemakaian hijabnya tak memberi kesan terhadap tahap kecerdikannya kerana mereka menyangka berhijab adalah simbol kemunduran dan ketinggalan zaman, lalu dia menjawab dengan mudah dan bijaksana: " Manusia pada zaman permulaan dahulu hampir bertelanjang keadaan mereka dan setelah pemikiran mereka berkembang mengikut peredaran zaman mereka mula memakai baju, dan hijab yang saya pakai pada hari ini ialah kemuncak pemikiran dan kemajuan yang dicapai oleh manusia dan ia bukanlah kemunduran. Adapun bertelanjang ia adalah simbol kemunduran dan ketinggalan yang mengembalikan pemikiran manusia kepada zaman permulaan dahulu. Kalaulah bertelanjang itu simbol kemajuan nescaya sudah tentulah binatang lebih maju".
Madrasah Darul Quran Arrayyan (Tahfiz Arrayyan)
Tel H/P: 019-6067445 Pejabat: 06-6715935
Kelas Tahfiz Arrayyan Menu Blog
Sabtu, 3 Ogos 2013
Mengapa perlu berhijab?
Seorang muslimah yang mempunyai kelulusan Phd yang berhijab telah ditanya oleh para wartawan yang merasa hairan dengan pemakaian hijabnya tak memberi kesan terhadap tahap kecerdikannya kerana mereka menyangka berhijab adalah simbol kemunduran dan ketinggalan zaman, lalu dia menjawab dengan mudah dan bijaksana: " Manusia pada zaman permulaan dahulu hampir bertelanjang keadaan mereka dan setelah pemikiran mereka berkembang mengikut peredaran zaman mereka mula memakai baju, dan hijab yang saya pakai pada hari ini ialah kemuncak pemikiran dan kemajuan yang dicapai oleh manusia dan ia bukanlah kemunduran. Adapun bertelanjang ia adalah simbol kemunduran dan ketinggalan yang mengembalikan pemikiran manusia kepada zaman permulaan dahulu. Kalaulah bertelanjang itu simbol kemajuan nescaya sudah tentulah binatang lebih maju".
Berdoa samada diwaktu kita susah ataupun senang.
Berdoa adalah senjata orang-orang mukmin. Berdoalah dalam apa bahasa pun jua asalkan kita faham akan maksudnya.
"Tidaklah seorang hamba berdoa di setiap pagi dan petang "Dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" baca tiga kali, maka tidak ada yang memudaratkannya.." (Hadith riwayat At Tarmizi)

Berdoa samada diwaktu kita susah ataupun senang. |
Khamis, 1 Ogos 2013
Tips Perancangan Perbelanjaan di Hari Raya
Hari Raya Aidilfitri semakin hampir. Ramai orang sudah mula berbelanja untuk persiapan dihari raya yang kemungkinan akan jatuh pada 8 August 2013 pada hari Khamis.
Dinasihati usahlah kita berbelanja secara berlebih-lebihan. Bersederhanalah dalam melakukan apa jua perkara. Kerana hidup yang sederhana menjurus kepada kebahagiaan. Berbelanja secara boros adalah sifat syaitan.
Ada beberapa tips yang boleh diguna pakai sewaktu kita hendak berbelanja dihari raya ini. Diharap tips ini dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk berbelanja secara sederhana. Berbelanja mengikut keperluan.
1. Perbelanjaan secara terancang. - Rancang perbelanjaan anda terlebih dahulu.
Akhir kalam;
Rasulullah SAW bersabda, diriwayatkan Ibnu Majah, daripada Abi Abbas Sahli bin Saidi, beliau berkata, seorang lelaki datang bertemu Rasulullah dan mengajukan soalan: “Wahai Rasulullah, tunjukkan padaku satu amalan, jika aku kerjakan, aku akan dicintai Allah dan juga dicintai manusia?” Rasulullah berkata: “Bersederhanalah kamu dalam hal keduniaan, pasti Allah akan mencintaimu. Dan bersederhanalah juga kamu dalam urusan yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mencintaimu.” Jadi, bersederhanalah terhadap orang di sekeliling kita, malah nabi junjungan besar turut memberi peringatan jangan terlampau menyeksa diri, mengharapkan balasan baik daripada manusia. Berusahalah menunaikan hak sesama insan dengan sebaik-baiknya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Dinasihati usahlah kita berbelanja secara berlebih-lebihan. Bersederhanalah dalam melakukan apa jua perkara. Kerana hidup yang sederhana menjurus kepada kebahagiaan. Berbelanja secara boros adalah sifat syaitan.
Ada beberapa tips yang boleh diguna pakai sewaktu kita hendak berbelanja dihari raya ini. Diharap tips ini dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk berbelanja secara sederhana. Berbelanja mengikut keperluan.
Tips perbelanjaan yang ringkas tapi diharapkan dapat dikongsi bersama-sama.
1. Perbelanjaan secara terancang. - Rancang perbelanjaan anda terlebih dahulu.
- Mulakan dengan membuat penilaian semua perbelanjaan anda.
- Tetapkan jumlah yang anda ingin belanja dan jumlah yang ingin disimpan
- Jika anda mempunyai kedudukan kewangan yang agak terhad, kenalpasti perkara yang paling penting untuk anda belanjakan.
- Belanja ke atas barangan keperluan dahulu
- Semak senarai harga barangan
- Buat senarai barangan yang anda ingin beli dan bawa senarai tersebut sewaktu membeli belah untuk mengelakkan pembelian secara mendadak (impluse purchase)
- Untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan, bawa jumlah wang yang mencukupi untuk membeli barangan yang disenaraikan
- Rancang perbelanjaan dengan teliti dengan membuat perbandingan harga
- Seringkali menjelang musim perayaan, harga barangan akan melambung tinggi. Maka, elok sekiranya perbelanjaan di buat lebih awal dari tarikh berhampiran dengan perayaan.
- Rekod segala perbelanjaan yang dibuat bagi merancang perbelanjaan akan datang dengan lebih teliti, jika terlebih berbelanja, berusaha lah untuk berjimat serta mengurangkan perbelanjaan.
- Beli barangan keperluan dan bukan kehendak
- Jika menggunakan kad kredit, pastikan anda membuat bayaran penuh (full settlement) bagi mengelakkan hutang tertunggak
- Amalkan sikap berjimat cermat dan perbelanjaan bukan untuk menonjolkan kemewahan
- Jangan mudah terpengaruh dengan promosi dan tawaran
Jika ada diantara anda yang menggunakan smartphone Android atau Tablet Android, anda boleh menggunakan aplikasi seperti dibawah untuk mengurus perbelanjaan secara terancang. Kedua-dua aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play:
Penerangan
Pengurusan kewangan peribadi, belanjawan, bil-bil, pendapatan dan memantau perbelanjaan. Aplikasi bajet yg terkenal untuk Android!
Mengetahui di mana wang anda pergi! Merancang bajet dan simpanan anda. Nikmati cara yang paling cepat untuk mengesan perbelanjaan harian menggunakan paparan skrin-satu komprehensif kewangan anda. Meningkatkan kemahiran anda dengan yang unik, rasa permainan seperti.

Penerangan:
Aplikasi ini adalah penyediaan senarai membeli-belah yang berguna dan mudah untuk telefon anda.
Adakah anda sering membuat senarai membeli-belah? Jika anda lakukan, aplikasi ini dibuat dengan tepat untuk anda!
Ini adalah cara yang berguna dan mudah untuk membuat satu senarai membeli-belah di telefon anda. Anda boleh memasukkan senarai barang dari keyboard, menambah dari pangkalan data, diisi oleh anda, dengan pengimbasan kod bar dan juga menggunakan suara anda! Juga, anda boleh menandakan pembelian penting dalam senarai. Anda hanya perlu klik pada item untuk menandakan ia sebagai "membeli".
Kami berharap bahawa aplikasi ini akan berkembang telefon anda dan membuat membeli-belah anda lebih mudah.
Aplikasi ini adalah penyediaan senarai membeli-belah yang berguna dan mudah untuk telefon anda.
Adakah anda sering membuat senarai membeli-belah? Jika anda lakukan, aplikasi ini dibuat dengan tepat untuk anda!
Ini adalah cara yang berguna dan mudah untuk membuat satu senarai membeli-belah di telefon anda. Anda boleh memasukkan senarai barang dari keyboard, menambah dari pangkalan data, diisi oleh anda, dengan pengimbasan kod bar dan juga menggunakan suara anda! Juga, anda boleh menandakan pembelian penting dalam senarai. Anda hanya perlu klik pada item untuk menandakan ia sebagai "membeli".
Kami berharap bahawa aplikasi ini akan berkembang telefon anda dan membuat membeli-belah anda lebih mudah.
Akhir kalam;
Rasulullah SAW bersabda, diriwayatkan Ibnu Majah, daripada Abi Abbas Sahli bin Saidi, beliau berkata, seorang lelaki datang bertemu Rasulullah dan mengajukan soalan: “Wahai Rasulullah, tunjukkan padaku satu amalan, jika aku kerjakan, aku akan dicintai Allah dan juga dicintai manusia?” Rasulullah berkata: “Bersederhanalah kamu dalam hal keduniaan, pasti Allah akan mencintaimu. Dan bersederhanalah juga kamu dalam urusan yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mencintaimu.” Jadi, bersederhanalah terhadap orang di sekeliling kita, malah nabi junjungan besar turut memberi peringatan jangan terlampau menyeksa diri, mengharapkan balasan baik daripada manusia. Berusahalah menunaikan hak sesama insan dengan sebaik-baiknya.
Mengapa Rezeki susah hendak masuk?
Bingung memikirkan mengapa rezeki masih lagi tidak kunjung tiba? Pelbagai usaha telah dibuat. Tetapi masih lagi menemui jalan buntu. Mari kita perbaiki kelemahan diri jika kita berada dalam kategori di bawah.
Semoga Allah sentiasa merahmati dan mengurniakan rezeki yang halal kepada kita semua.InsyaAllah.

Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Hari Raya Aidilfitri semakin hampir. Ramai orang sudah mula berbelanja untuk persiapan dihari raya yang kemungkinan akan jatuh pada 8 Augus...
-
Pemilik dan pengasas Kelas Tahfiz Cilik Ar-Rayyan, Ustazah Rayah di Kosmo, 2012.
-
Seorang muslimah yang mempunyai kelulusan Phd yang berhijab telah ditanya oleh para wartawan yang merasa hairan dengan pemakaian hijab...
-
INSYAALLAH, PROGRAM TAHUNAN YANG DIANJURKAN OLEH KELAS TAHFIZ AR-RAYYAN AKAN DITERUSKAN PADA TAHUN INI, 2012. KEM TAHFIZ AL-QUR...
-
Mencontohi akhlak Rasulullah saw Ketika kita berbicara kasih sayang dan kelembutan Muhammad saw. terhadap anak-anak, maka tidak akan perna...