Khamis, 1 Ogos 2013

Tips Perancangan Perbelanjaan di Hari Raya

Hari Raya Aidilfitri semakin hampir. Ramai orang sudah mula berbelanja untuk persiapan dihari raya yang kemungkinan akan jatuh pada 8 August 2013 pada hari Khamis.

Dinasihati usahlah kita berbelanja secara berlebih-lebihan. Bersederhanalah dalam melakukan apa jua perkara. Kerana hidup yang sederhana menjurus kepada kebahagiaan. Berbelanja secara boros adalah sifat syaitan.

Ada beberapa tips yang boleh diguna pakai sewaktu kita hendak berbelanja dihari raya ini. Diharap tips ini dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk berbelanja secara sederhana. Berbelanja mengikut keperluan.


Tips perbelanjaan yang ringkas tapi diharapkan dapat dikongsi bersama-sama.



1.  Perbelanjaan secara terancang. - Rancang perbelanjaan anda terlebih dahulu.

  • Mulakan dengan membuat penilaian semua perbelanjaan anda.
  • Tetapkan jumlah yang anda ingin belanja dan jumlah yang ingin disimpan
  • Jika anda mempunyai kedudukan kewangan yang agak terhad, kenalpasti perkara yang paling penting untuk anda belanjakan.
  • Belanja ke atas barangan keperluan dahulu

2.  Harga. Semak harga barang dan juga jumlah keseluruhan yang sepatutnya akan anda bayar mengikut perancangan perbelanjaan anda tadi.

  • Semak senarai harga barangan
  • Buat senarai barangan yang anda ingin beli dan bawa senarai tersebut sewaktu membeli belah untuk mengelakkan pembelian secara mendadak (impluse purchase)
  • Untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan, bawa jumlah wang yang mencukupi untuk membeli barangan yang disenaraikan
  • Rancang perbelanjaan dengan teliti dengan membuat perbandingan harga
  • Seringkali menjelang musim perayaan, harga barangan akan melambung tinggi. Maka, elok sekiranya perbelanjaan di buat lebih awal dari tarikh berhampiran dengan perayaan.
  • Rekod segala perbelanjaan yang dibuat bagi merancang perbelanjaan akan datang dengan lebih teliti, jika terlebih berbelanja, berusaha lah untuk berjimat serta mengurangkan perbelanjaan.

3.  Gaya Hidup. - Hiduplah secara sederhana.

  • Beli barangan keperluan dan bukan kehendak
  • Jika menggunakan kad kredit, pastikan anda membuat bayaran penuh (full settlement) bagi mengelakkan hutang tertunggak
  • Amalkan sikap berjimat cermat dan perbelanjaan bukan untuk menonjolkan kemewahan
  • Jangan mudah terpengaruh dengan promosi dan tawaran






Jika ada diantara anda yang menggunakan smartphone Android atau Tablet Android, anda boleh menggunakan aplikasi seperti dibawah untuk mengurus perbelanjaan secara terancang. Kedua-dua aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play:

Penerangan
Pengurusan kewangan peribadi, belanjawan, bil-bil, pendapatan dan memantau perbelanjaan. Aplikasi bajet yg terkenal untuk Android!
Mengetahui di mana wang anda pergi! Merancang bajet dan simpanan anda. Nikmati cara yang paling cepat untuk mengesan perbelanjaan harian menggunakan paparan skrin-satu komprehensif kewangan anda. Meningkatkan kemahiran anda dengan yang unik, rasa permainan seperti.
Android Apps from Google Play.


Penerangan:
Aplikasi ini adalah penyediaan senarai membeli-belah yang berguna dan mudah untuk telefon anda.
Adakah anda sering membuat senarai membeli-belah? Jika anda lakukan, aplikasi ini dibuat dengan tepat untuk anda!
Ini adalah cara yang berguna dan mudah untuk membuat satu senarai membeli-belah di telefon anda. Anda boleh memasukkan senarai barang dari keyboard, menambah dari pangkalan data, diisi oleh anda, dengan pengimbasan kod bar dan juga menggunakan suara anda! Juga, anda boleh menandakan pembelian penting dalam senarai. Anda hanya perlu klik pada item untuk menandakan ia sebagai "membeli".
Kami berharap bahawa aplikasi ini akan berkembang telefon anda dan membuat membeli-belah anda lebih mudah.


Akhir kalam;
Rasulullah SAW bersabda, diriwayatkan Ibnu Majah, daripada Abi Abbas Sahli bin Saidi, beliau berkata, seorang lelaki datang bertemu Rasulullah dan mengajukan soalan: “Wahai Rasulullah, tunjukkan padaku satu amalan, jika aku kerjakan, aku akan dicintai Allah dan juga dicintai manusia?” Rasulullah berkata: “Bersederhanalah kamu dalam hal keduniaan, pasti Allah akan mencintaimu. Dan bersederhanalah juga kamu dalam urusan yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mencintaimu.” Jadi, bersederhanalah terhadap orang di sekeliling kita, malah nabi junjungan besar turut memberi peringatan jangan terlampau menyeksa diri, mengharapkan balasan baik daripada manusia. Berusahalah menunaikan hak sesama insan dengan sebaik-baiknya.


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular