Profil Pusat Pengajian Darul Quran Arrayyan

Latar Belakang Perniagaan


Pengenalan Syarikat
Nama Syarikat : Pusat Pengajian Darul Quran Arrayyan Enterprise
Alamat : Taman Panchor Jaya, 70450, Seremban. Negeri Sembilan
Nombor Telefon :
Tel HP: 017-328 5974
Pejabat: 06-6715 935
Fax: 06-6715 935
Taraf Perniagaan : Perkongsian
Pemilik : Rayah binti Abdul Ghani, Rashdan bin Hj.Baharum dan Rushdi bin Hj. Baharum
Lokasi Perniagaan : Rumah sendiri
Jenis Perniagaan : Pendidikan, Pusat pengajian tahfiz Al-Quran.

Pengenalan Perniagaan


Syarikat
Pusat Pengajian Darul Quran Arrayyan Enterprise (PPDQA) adalah sebuah pusat pengajian Agama Islam dan Al-Quran untuk kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 5 tahun hingga 18 tahun. Ianya telah ditubuhkan pada 1hb November 2012, ianya sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya.

Pada dasarnya syarikat berkecimpung dalam bidang industri pendidikan.

Secara umumnya pihak syarikat mempunyai pelanggan dari  kalangan ibubapa yang menghantar anak-anak mereka yang berusia diantara 6 tahun ke 17 tahun di sekitar Taman Panchor Jaya, Taman Paroi Jaya, Taman Ampangan, Taman Telawi, Taman Magosa dan sekitar Ampangan dan juga Senawang.

Sebelum Pusat Pengajian Darul Quran Arrayyan Enterprise ditubuhkan secara rasmi, pemilik telah memulakan perniagaan ini secara sambilan sejak 2 tahun yang lalu kerana ingin menimba pengalaman dalam perniagaan dalam bidang ini. Dengan pengalaman dan pengetahuan serta permintaan yang tinggi dari ibu bapa yang berada disekitar Taman Panchor Jaya, Taman Paroi Jaya, Taman Telawi, Taman Margosa dan Senawang, pemilik telah mengambil langkah untuk membuka perniagaan dalam bidang pendidikan khusus dalam jurusan pengajian Al-Quran dan juga pendidikan akademik.

Pusat Pengajian Darul Quran Arrayyan merupakan sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada 2012 dan beroperasi di alamat, Taman Panchor Jaya, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Syarikat ini baru sahaja ditubuhkan dan ianya merupakan hakmilik bersama usahawan iaitu Hajah Rayah binti Abdul Ghani, Rushdi bin Baharum dan Rashdan bin Baharum.

Ketiga-tiga pemilik syarikat ini merupakan ahli keluarga terdekat ( ibu bersama dua orang anak) dan ketiga-tiga mereka ini merupakan graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Univeriti Teknologi Malaysia (UTM).
Ustazah Hajah Rayah bin Abdul Ghani mempunyai pengalaman kerja di bidang pendidikan selama lebih dari 10 tahun dan beliau juga adalah seorang guru bersara dalam bidang pendidikan Agama Islam disekolah-sekolah Menengah seperti SIGS, Johor Bahru, Sekolah Sultanah Engku Tun Aminah Johor Bahru, Sekolah Menengah Tengku Durah, Sekolah Menengah Vokasional, Seremban. Setelah bersara, beliau masih lagi melakukan aktiviti mengajar mengaji dan juga pendidikan agama di surau-surau untuk kaum wanita di sekitar Bandar Seremban. Beliau adalah seorang yang bekerja keras dan bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukan. Cinta beliau terhadap pengajian Al-Quran ini, menyebabkan beliau mengambil inisiatif sendiri dengan melanjutkan pelajaran dalam jurusan Ijazah Al-Quran dan Hadith di Universiti Kebangsaan Malaysia pada umur beliau 72 tahun dan tamat pengajian pada umur beliau 75 tahun. Selain dari minat beliau dalam pendidikan khususnya dalam pendidikan Islam, beliau juga amat berminat menceburi perniagaan didalam bidang ini.


Ustazah Rayah bt Hj Abd Ghani
Ustazah Rayah bt Hj Abd Ghani
Dengan itu, beliau yang juga turut dibantu oleh anak beliau Rushdi bin Hj. Baharum yang mempunyai Ijazah Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Univerisiti Utara Malaysia pada tahun 2012. Beliau telah bertindak sebagai pengurus pentadbiran dan operasi pusat pengajian ini.

Disamping itu anak beliau yang kedua bernama Rashdan bin Baharum pula adalah graduan Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Kimia yang mempunyai perniagaan sendiri juga turut membantu dalam bentuk suntikan modal permulaan.

Lokasi

Gambar premis Pusat Pengajian Darul Quran Arrayyan



Pusat Pengajian Darul Quran Arrayyan bakal menawarkan perkhidmatan pendidikan berteraskan pendidikan agama dengan menjurus kepada hafazan Al-Quran. Oleh itu pusat pengajian ini telah dibuka di sebuah rumah yang dibeli secara tunai khusus untuk tujuan pendidikan agama Islam dan Tahfiz Al-Quran.

Lokasi perniagaan ini terletak di kawasan perumahan Taman Panchor Jaya. Kawasan yang sangat sesuai untuk tujuan ini kerana ianya terletak di kawasan perumahan dan berdekatan juga dengan Masjid Kariah Taman Panchor Jaya. Ianya juga berdekatan dengan jalan utama seperti LEKAS Highway dan PLUS bagi penduduk kawasan Taman Panchor Jaya ini.

Perkhidmatan
Perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan adalah perkhidmatan Kelas Pengajian Al-Quran Mingguan (hari Sabtu dan Ahad) dan juga Harian (Isnin hingga Jumaat) untuk kanak-kanak. Disamping itu, kami juga menawarkan program Kem Motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah  pada setiap musim cuti sekolah.
Untuk aliran akademik. kami juga menawarkan khidmat pusat tuisyen pada waktu malam.

Objektif Perniagaan
Objektif perniagaan ini adalah untuk mendidik kanak-kanak agar cintakan Al-Quran. Memberi kesedaran bertapa pentingnya Al-Quran didalam kehidupan seharian kita. Mengajar cara mudah untuk menghafaz ayat-ayat Al-Quran. Belajar membaca dan bertutur Bahasa Arab. Menulis dan membaca tulisan Jawi.
Dengan itu kami mengambil inisiatif ini untuk membina sebuah pusat pengajian yang berteraskan pengajian Al-Quran disamping pengajian akademik Islam yang lainnya.

Visi:
Melahirkan lebih ramai penghafaz Al-Quran (Tahfiz) dikalangan anak-anak setiap tahun.

Misi:

  • Mewujudkan pusat pengajian Al-Quran yang mampu memenuhi permintaan dan inspirasi setiap ibu bapa agar anak-anak mereka dididik tentang Al-Quran.
  • Memberikan pendidikan dan pendedahan terhadap pengajian Al-Quran dengan cara mudah dan menyeronokkan.
  • Menjadi sebuah pusat pengajian Al-Quran yang mendapat tempat di hati ibu bapa dan anak-anak dengan menawarkan harga yang berpatutan dalam setiap pakej perkhidmatan yang ditawarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular